Order TGIF & Mountain Dew Percuma Dengan MyTeksi

Hari Jumaat, mesti ramai mencari port makan baik untuk makan tengahari sebelum atau selepas solat jumaat kan. Apa kata korang cuba order burger dan tunggu je kat pejabat tu. Sebab Mountain Dew nak bagi 500 burger TGIF percuma, menggunakan aplikasi MyTeksi.
Untuk bulan November ni, setiap Jumaat iaitu pada 13/11 (yang ni dah lepas), 20/11 dan 27/11, Mountain Dew akan memberi 500 kupon burger TGIF secara percuma, beserta sebotol air Mountain Dew kepada pengguna yang membuat tempahan, melalui aplikasi MyTeksi.


Tempahan khas Mountain Dew ini hanya akan aktif pada tarikh yang disebutkan tadi, dari jam 11 pagi hingga 6 petang, atau selagi stok masih ada.
Caranya, lancarkan aplikasi MyTeksi, dan pilih ikon ‪#‎MDewTGIFBurger‬ untuk membuat tempahan. Jika berjaya, pemandu teksi akan datang ke tempat anda dan menghantar kupon TGIF serta sebotol air Mountain Dew. Malah, pengguna juga boleh mendapatkan pemanduan percuma ke TGIF berhampiran. Tetapi, kupon TGIF ini harus digunakan pada hari yang sama.



Tawaran ini hanya terbuka kepada pengguna di Lembah Klang sahaja. Hanya 500 kupon disediakan, dengan hanya satu kupon untuk satu akaun pengguna MyTeksi. Segalanya percuma, tiada apa yang perlu dibayar untuk promosi ini. Maklumat lanjut tentang promosi ini, boleh dibaca di sini.
Bersedia untuk mendapatkan burger dan air percuma Jumaat ni? Jangan lupa muat turun dan daftar dulu akaun MyTeksi. Ia boleh dimuat turun dari Apple Appstore, Blackberry World dan Google Playstore.

0 comment... add one now