Fungsi Baru Google Maps Serta Integrasi Perkhidmatan Uber & Grab

Google telah mengemas kini aplikasi pemetaan mereka. Dalam versi 9.33.1, mereka memperkenalkan tiga penambahbaikkan pada perkhidmatan peta Android ini.

Fungsi “Wi-Fi Only”

Data mudah alih bukannya murah. Ada dalam kalangan kita yang melanggan data hanya untuk terus berkomunikasi di perkhidmatan permesejan dalam talian. Atau, mungkin ada antara kita yang terbang ke luar negara dan mahu menjimatkan perbelanjaan dengan tidak memasang servis perayauan dan bergantung harap pada sambungan Wi-Fi di kedai-kedai kopi.


Seperti namanya, fungsi Wi-Fi hanya membenarkan Maps beroperasi melalui sambungan Wi-Fi. Bukan sahaja ia akan menyelamatkan data mudah alih, ia juga boleh menjimatkan penggunaan bateri kerana telefon hanya perlu berkomunikasi mellaui Wi-Fi sahaja.

Simpan Peta Dalam Kad SD

Walaupun Maps sudah memiliki fungsi “Offline Area”, tempat ia disimpan adalah dalam storan dalaman. Ia memberi masalah kepada telefon kelas permulaan atau pertengahan yang memiliki storan dalaman serendah 4 GB.


Mendengar keluhan penggunanya, kini didengari pihak Google. Pengguna kini beroleh pilihan untuk menyimpan peta dalam kad SD mereka.

Integrasi Perkhidmatan Teksi

Di bandar-bandar besar, selain perkhidmatan kereta api, teksi juga menjadi kaedah pengangkutan warga kota lebih-lebih lagi dengan kehadiran perkhidmatan Uber dan GrabCar yang lebih efisyen dan murah.


Maps kini memasukkan data Grab kedalam pilihan penganggkutan untuk menyertai Uber. Maka, pengguna tidak perlu lagi bertukar-tukar aplikasi untuk menempah teksi. Anda boleh melakukan banding beza dan menempah terus daripada aplikasi Maps.
Muat turun Goole Maps untuk Android dan iOS.

0 comment... add one now