SPAD Akan Putuskan Nasib Uber dan Grab Selewat-Lewatnya September Ini


Keputusan sama ada perkhidmatan Grabcar dan Uber adalah sah menurut undang-undang negara kita hanya akan diketahui bulan lusa. Itulah yang dimaklumkan oleh Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), pihak yang bertanggungjawab menangani isu ini telah menangguhkan pembentangan kertas kerja berkaitan isu itu yang sepatutnya berlaku pada hari ini. Ia berikutan keputusan SPAD untuk memperhalusi dan membuat beberapa penelitian sebelum mencapai kata putus.


Puan Hajah Nancy juga ingin menimbang tara pendapat semua pihak agar keputusan yang bakal diambil memuaskan hati masing-masing. Ujar beliau dalam satu sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitril Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
Puan Hajah Nancy baru sahaja dilepaskan tanggungjawab beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang berkuat-kuasa 28 Jun lalu. Datuk Seri Azalina Othman telah dilantik untuk memikul amanah tersebut.
Buat masa sekarang, tiada halangan dikenakan keatas perkhidmatan tersebut dan pengguna masih boleh menikmati pelbagai pilihan selain daripada perkhidmatan teksi seperti yang disediakan Uber dan GrabCar.

0 comment... add one now