Uber Malaysia Akan Perkenal Tambang Tetap Untuk UberX

Uber tidak lama lagi akan memperkenalkan tambang tetap untuk perjalanan, sebelum pengguna mula mendapatkan servis UberX. Hanya masukkan lokasi diambil dan destinasi, pengguna akan dapat melihat terus tambang UberX yang akan dikenakan secara tepat.
Perkara ini sama seperti yang digunakan Grab, sejak pertama kali ia diperkenalkan. Grab mempamerkan tambang tetap perjalanan kepada pengguna, sebelum pengguna mendapatkan servis Grab.

Paparan tambang tetap di UberX ini masih lagi menggunakan kiraan jarak, masa dan keadaan trafik semasa perjalanan. Ia juga mengambil kira permintaan dan kesediaan pemandu UberX di kawasan sekitar.
Bermakna, walaupun anda meletakkan lokasi diambil dan destinasi yang sama, ia mungkin akan memaparkan tambang berbeza pada masa yang berlainan. Pengguna tidak akan lagi melihat logo kilat ‘Surge’ jika terdapat permintaaan tinggi di sesuatu kawasan, sebaliknya ia akan diterus dibuat dalam pengiraan dan dipamerkan sebagai tambang akhir kepada pengguna.


Cara begini dilihat lebih memudahkan pengguna untuk memilih servis mana yang sesuai untuk mereka, selain menyediakan bajet lebih awal dengan tepat sebelum menaiki UberX.
Tambah Uber Malaysia lagi, fungsi ini akan dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna di Malaysia dalam beberapa minggu. Ia akan menggantikan sistem tambang anggaran yang digunakan UberX selama ini.
[SUMBER: Uber Malaysia]

0 comment... add one now