GrabCar Kini Terima Bayaran Kad Kredit Dan Debit


GrabCar adalah satu servis pengangkutan seperti Uber. Bezanya, GrabCar menawarkan perkhidmatan dengan kadar tetap, iaitu memberitahu bayaran perjalanan terlebih dahulu, tidak mengira jarak atau masa. Satu lagi, GrabCar hanya berurusan secara tunai sahaja.
Tetapi GrabCar hari ini memperkenalkan sistem pembayaran baru, menggunakan kad kredit/debit. Tidak perlu lagi risau tiada tunai ketika menggunakan perkhidmatan GrabCar.


Untuk meraikan pengenalan sistem bayaran baru ini, GrabCar memberi rebat RM5 untuk penggunaan pertama kali bayaran tanpa tunai ini. Tetapi promosi ini terhad masanya, sehingga 23 Oktober 2015 sahaja.
GrabCar turut memberitahu sistem ini masih dalam fasa percubaan. Jika terdapat sebarang masalah, silalah ajukan ke emel support.my@grabcar.com
Untuk menambah maklumat kad kredit/debit ke dalam akaun anda, pertama sekali muat turun aplikasi MyTeksi v3. Oh, jika anda tidak tahu, GrabCar adalah sebahagian dari perkhidmatan yang disediakan oleh MyTeksi.


Lancarkan aplikasi MyTeksi. Tekan butang menu di atas kiri, kemudian pilih Payment Methods dan Add New Debit/Credit card. Masukkan maklumat kad kredit/debit anda, dan tekan Finish. Selesai sudah. Bolehlah mula guna GrabCar dan bayar tanpa tunai.
Jika anda sudah biasa menggunakan Uber, pasti tidak sukar untuk menggunakan sistem GrabCar ini. Paling menarik di GrabCar, tidak perlu risau berapa bayaran tambang, kerana ia telah ditetapkan sebelum menaiki kenderaan lagi.
Aplikasi MyTeksi boleh dimuat turun di Google Playstore, Apple Appstore dan juga Blackberry Appworld.



0 comment... add one now