Servis Grab Tiba Di Langkawi, Kota Bahru, Kuala Terengganu Dan Miri


Sebelum ini 9, kini dah 13. Grab hari ini mengumumkan penambahan empat lagi bandar baru servis mereka boleh digunakan di Malaysia. Empat bandar baru ini adalah Langkawi, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Miri.
Kadar tambang Grab di empat bandar baru ini sama seperti yang lain, kadar asas RM1 dan setiap kilometer antara RM1.10 – RM1.50 bergantung kepada trafik dan permintaan. Dengan Grab, kadar tambang akhir boleh diketahui sebelum menaiki kenderaan.


Selain empat bandar yang baru diumumkan ini, Grab telah menyediakan servisnya di Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu.
Perkhidmatan Grab boleh dibayar secara tunai, ataupun menggunakan kad debit atau kredit. Aplikasi Grab boleh digunakan di peranti Android dan iOS. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb www.grab.com/my.

0 comment... add one now