GrabCar Mula Berkhidmat Di Ipoh, Kuantan, Kuching Dan Seremban


Grab, penyedai servis kenderaan atas permintaan hari ini mengumumkan khidmatnya diperluaskan ke empat lagi bandar utama Malaysia iaiatu Ipoh, Kuantan, Kuching dan Seremban (meliputi Nilai dan Port Dickson). Ia merupakan tambahan selepas Grab berkhidmat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kota Kinabalu.
Baru-baru ini, Grab turut dilantik oleh kerajaan Pahang sebagai rakan rasmi kempen Tahun Melawat Pahang 2017. Dengan ini, Grab kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai Grab sebagai rakan pemandu, di empat bandar baru ini. Pendaftaran pemandu baru boleh dibuat di laman web di sini.
Bersempena permulaan perkhidmatan Grab di bandar baru ini, Grab turut mengumumkan promosi eksklusif. Bermula dari 15 Mac sehingga 31 Mac 2017, penumpang di empat bandar yang baru dilancarkan ini, boleh mendapatkan perkhidmatan Grab dengan diskaun RM5 sebanyak 10 kali. Gunakan kod promosi HIGRAB5 melalui bayaran tunai atau kad debit/kredit untuk mendapatkan diskaun ini.


Perkhidmatan Grab boleh mula digunakan dengan memuat turun aplikasi Grab di Apple Appstore atau Google Playstore. Daftar akaun menggunakan nombor telefon, dan pilih kad atau tunai sebagai bayaran. Pilih destinasi dan lokasi menunggu, kemudian masukkan kod promosi HIGRAB5 dan tekan BOOK.
Dengan pelancaran ini, Grab telah berjaya menyediakan perkhidmatannya di bandar yang sama terdapatnya perkhidmatan Uber. Uber telah berada di 9 bandar ini lebih awal, dengan Kuantan menjadi bandar terbaru diumumkan pada Januari lepas.
Maklumat lanjut tentang empat bandar baru khidmat Grab ini boleh didapati dengan melayari laman web promosi Grab HIGRAB5.

0 comment... add one now