Bayaran Tunai Mula Diterima Uber Di Kuala Lumpur

Untuk menjadikan Uber boleh digunakan oleh lebih ramai masyarakat, ia kini telah mula menerima bayaran tunai di Kuala Lumpur. Sebelum ini, ia telah mencuba sistem tunai ini di Johor Bahru, diikuti Ipoh dan Pulau Pinang.
Pilihan bayaran tunai ini dikeluarkan mengikut tahap, dan ia boleh dipiih ketika menetapkan lokasi mengambil penumpang. Hanya pilih ada bahagian kad kredit/debit dan anda akan dapat melihat pilihan bayaran tunai.


Tetapi, jika anda tidak memiliki jumlah yang tepat, Uber akan menggenapkannya ke atas. Contohnya, jika kadar perjalanan tersebut berjumlah RM10.20, penumpang perlu membayar RM11.
Adakah tunai satu pilihan yang baik? Menurut Uber, tunai membolehkan lebih ramai pengguna mencuba servis yang disediakan Uber. Sebelum ini, ia terhad kepada sistem bayaran elektronik sahaja.
Pilihan bayaran tunai membuatkan pemandu Uber, terpaksa membawa wang tunai sebagai pertukaran baki. Sedikit sebanyak, ia mengurangkan keberkesanan servis kerana penumpang dan pemandu perlu memastikan bayaran yang tepat, dan baki untuk dipulangkan. Tiada lagi menurunkan penumpang dan terus berjalan mencari penumpang lain.


Satu masalah lagi, kadar tambang penuh Uber hanya diketahui selepas perjalanan tamat. Berbeza dengan sistem GrabCar, yang menetapkan kadar rata, dan diketahui sebelum penumpang menaiki kenderaan. Ini memudahkan penyediaan wang tunai sebelum menaikinya.
Apa pendapat anda? Sebagai penumpang, adakah ianya lebih memudahkan? Jika anda pemandu Uber, mahukah anda menerima bayaran tunai, atau kekal dengan sistem pembayaran elektronik sahaja?

0 comment... add one now