Diskaun RM5 Menggunakan GrabCar Bersama Visa


Jika anda tahu pasal Uber, pasti anda pernah dengar tentang GrabCar, sistem pengangkutan ala teksi. Hanya gunakan telefon pintar untuk mendapatkan perkhidmatan GrabCar dan pergi ke mana jua tanpa pening memikirkan trafik dan tempat meletak kenderaan. Sekarang, Grabcar ada promosi diskaun RM5.
Bermula dari 1 Jun sehingga 31 Ogos 2016, dapatkan diskaun RM5 sebanyak 6 kali apabila menggunakan perkhidmatan GrabCar. Bagaimanapun, ia hanya boleh didapatkan jika bayaran dibuat dengan kad kredit/debit Visa.
Tiada kod diperlukan untuk mendapatkan diskaun ini. Hanya panggil GrabCar atau GrabCar+ menggunakan aplikasi Grab, dan pilih bayaran menggunakan kad kredit/debit Visa. Diskaun akan diberi secara automatik selepas tamat perjalanan.
Promosi ini juga terhad kepada GrabCar di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk pergi atau pulang dari KLIA & KLIA 2, serta tidak boleh digunakan bersama kod promosi lain.
Aplikasi Grab boleh dimuat turun dari Apple Appstore atau Google Playstore. Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, layari lamanweb Grab Malaysia.

0 comment... add one now