Promosi RM1 Grab Selama Seminggu Bermula Hari Ini


KEMASKINI: Promosi RM1 Grab dilanjutkan sehingga 17 April 2016

Anda biasa menggunakan servis Uber sebagai salah satu pilihan perjalanan? Apa kata anda mencuba servis yang sama, yang dihasilkan rakyat Malaysia. Sebelum ini ia dikenali sebagai MyTeksi, tetapi kini ia dipanggil Grab. Bermula hari ini, sebagai promosi Grab menawarkan khidmat dari serendah RM1 sahaja.
Tawaran RM1 Grab ini tiada had. Anda boleh menggunakannya sebanyak mungkin. Tetapi, pasti ada terma dan syaratnya. Cuma, ia tidaklah sukar untuk dipenuhi.
Tawaran ini bermula dari hari ini, 7 April sehingga 13 April 2016. Ia hanya terbuka kepada kenderaan Grab biasa sahaja, yang bukan premium. Bayaran pula, harus menggunakan kad kredit/debit, tidak boleh menggunakan tunai. Jika dapat memenuhi syarat ini, bolehlah mula membuka aplikasi Grab.
Tawaran RM1 Grab ini adalah untuk perjalanan sehingga 5KM sahaja. Tetapi apabila anda mahu memanggil Grab, ia akan memaparkan caj RM7. Usah risau, kerana Grab akan memotong RM6 dari caj itu kemudian.


Sebenarnya, nama lain tawaran RM1 ini adalah, diskaun RM6 tanpa had. Jika caj melebihi RM7, anda akan tetap mendapat diskaun RM6. Tiada had penggunaan juga. Apa yang penting, pilih kenderaan RM1 GrabCar di bawah tu, jangan pilih yang lain ya.
Seperkara lagi, caj tol adalah berasingan. Kalau perjalanan anda melalui lebuhraya, yang ini kenalah bayar. Tak termasuk dalam diskaun RM6.
Mudah bukan nak guna Grab dan dapatkan tawaran RM1 ni. Kalau dah berminat, boleh muat turun aplikasi Grab di Apple Appstore atau Google Playstore, dan mula memanggil pemandu peribadi anda.
Ingat, tawaran ini akan tamat pada 13 April 17 April 2016. Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Grab RM1.

0 comment... add one now