Diskaun 50% Untuk Perjalanan GrabCar Hujung Minggu


Memandu di bulan Ramadhan ini agak memenatkan, samada ke bazaar Ramadhan mahupun pusat membeli-belah. Apa kata dapatkan khidmat pemanduan peribadi oleh Grab, dengan diskaun istimewa 50%.
Sempena Ramadhan dan Hari Raya akan datang, Grab menawarkan diskaun 50% untuk perjalanan GrabCar (ekonomi) pada hujung minggu, dari 18 Jun sehingga 10 Julai 2016. Bermakna, terdapat 4 hujung minggu boleh digunakan diskaun ini.
Tetapi ia terhad kepada 4 perjalanan setiap orang, dengan diskaun maksima RM6 untuk setiap perjalanan. Grab turut mengehadkan diskaun ini kepada 20,000 perjalanan sahaja setiap minggu, dan ia boleh dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit/debit.


Untuk mendapatkan diskaun ini, hanya masukkan kod GRABMYWEEKEND semasa menempah GrabCar. Ambil perhatian, promosi ini tidak boleh digunakan bersama promosi atau diskaun lain. Promosi ini juga hanya sah di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja.
Terpulang kepada pengguna, bila masa mahu menggunakan 4 kali diskaun ini. Aplikasi Grab boleh dimuat turun melalui Apple Appstore dan Google Playstore. Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, layari lamanweb bit.ly/grabmyweekend

0 comment... add one now