Uber & Grab Berminat Untuk Menggunakan Platform Android Pay

Google hari ini telah melancarkan sistem pembayaran mudah alih mereka, Android Pay, di Singapura. Oleh hal yang demikian, Singapura adalah negara Asia pertama yang menikmati kemudahan itu selepas Amerika Syarikat (A.S) dan United Kingdom (UK).
Semua peranti Andoid yang mempunyai cip NFC dan menjalankan sistem operasi Android 4.4 keatas boleh menggunakan perkhidmatan pembayaran mudah alih ini.


Sebagai permulaan, bank yang menyokong perkhidmatan tersebut di Singapura adalah DBS Bank, OCBC Bank, POSB, Standard Chartered Bank, dan UOB. Google tidak mengabaikan aspek keselamatan untuk perkhidmatan ini. Sebelum dilancarkan mereka telah bekerja rapat dengan penyedia perkhidmatan dan bank untuk tujuan itu.
Android Pay pertama kali dilancarkan di A.S pada bulan September 2016 dan diikuti oleh UK pada Mei yang lalu. Australia dijangkakan menjadi sasaran seterus perkhidmatan Android Pay, berkemungkinan pada separuh kedua tahun ini. 

 
Jenama-jenama yang akan menggunakan Android Pay di Singapura
McDonald’s sudah pun melancarkan promosi dengan kerjasama Android Pay. Setiap pembelian minimum S$6, sebanyak S$2 akan dipotong daripada jumlah pembelian. Selain itu, penyedia perkhidmatan pengangkutan seperti Uber, Grab, dan ComfortDelGro juga menyatakan minat untuk menggunakan platform tersebut.
Bagi pengangkutan awam pula, Google sedang berbincang dengan Land Transport Authority (LTA) Singapura untuk menyesuaikan platform mereka dengan kawal selia republik tersebut. Ia dijangka selesai pada suku keempat tahun ini.

Selain daripada Android Pay, Singapura turut menikmati perkhidmatan pembayaran mudah alih Apple Pay dan Samsung Pay. Mereka masing-masing dilancarkan buat penduduk kota singa itu pada April dan 16 Jun.


0 comment... add one now