Rasai Perasaan Dikejar Zombie Dalam Teksi Grab

Bersempena dengan kejayaan The Walking Dead memasuki musim ketujuhnya, rangkaian televisyen FOX bersama-sama Grab menyediakan 10 buah Nissan Almera yang diselubungi tema The Walking Dead untuk menjayakan kempen “The Riding Dead”. Kempen tersebut telah berlangsung pada 21 Oktober dan akan berterusan hinggalah 30 Oktober 2016.


Cerita bertemakan zombie, “The Walking Dead” mula ditayangkan pada penghujung Oktober 2010 lalu dan berterusan hingga ke hari ini. Ia memiliki jumlah penonton paling ramai dalam sejarah penyiaran televisyen dengan purata penonton yang sentiasa meningkat, bermula dengan purata 5.24 juta pada musim pertama dan kini mencapai purata 13.15 juta pada musim ke enam.
Semua kereta yang terlibat dengan kempen “The Riding Dead” telah dilengkapi dengan set VR yang akan memberikan pengalaman menaiki teksi yang baru pada penumpang. Sedang penumpang dihantar ke lokasi yang telah dipilih, penumpang boleh menonton satu video VR bertempoh kira-kira tiga minit yang berkisarkan The Walking Dead.

Video VR hasil kerjasama FOX dengan Grab Malaysia itu dihasilkan sepenuhnya di Malaysia menggunakan kamera Samsung Gear360. Tulang belakang disebalik video itu adalah Ion Furjanic, daripada We Are Kix. Beliau cuba membawa penonton menyelami pengalaman menjadi sebahagian daripada cerita The Walking Dead.
Nak rasai pengalaman berada dalam situasi wabak zombie? Cuma lancarkan aplikasi Grab dan cari ikon khas yang mewakili kempen “The Riding Dead”. Masukkan tempat naik dan turun dan terus tempah. Hanya pembayaran melalui kad kredit dan debit diterima untuk kempen ini. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima kod promosi untuk dua perjalanan yang bernilai RM20 selepas anda menaiki kereta “The Riding Dead”!
Dalam episode pertama The Walking Dead musim tujuh yang akan ditayangkan malam ini, teka-teka siapakah yang telah dibunuh oleh Negan pada episode akhir musim enam akan terjawab. Jangan lupa untuk menonton Walking Dead Musim 7 malam ini, hari yang sama ia disiarkan di Amerika Syarikat, pada (24 Oktober 2016) jam 9 malam disaluran Fox HD (ASTRO 724).

0 comment... add one now