Perjalanan Ke KLIA/KLIA2 Semakin Murah Dengan Uber


Jika mahu ke lapangan terbang KLIA atau KLIA2 dari pusat bandar Kuala Lumpur, salah satu pilihan yang ada ialah menggunakan perkhidmatan Uber. Uber mengenakan kadar rata RM75 (tidak termasuk tol) sebelum ini melalui uberX. Kini Uber mahu merendahkan lagi caj ini.

Bermula dari hari ini sehingga 31 Disember 2016, Uber mengenakan caj uberX, Lembah Klang dari/ke KLIA dan KLIA2, dengan kadar rata RM60 sahaja (tidak termasuk tol). Tidak perlu menggunakan sebarang kod promosi kerana sistem uber akan menetapkannya terus secara automatik.
Tawaran terbaru Uber ini dilihat mahu bersaing dengan Grab, yang menyediakan servis yang sama pada kadar rata RM65 sahaja, tidak termasuk tol.

uberX menyediakan ruang penumpang untuk 4 orang. Jika mahu memuatkan sehingga 6 penumpang atau ruang lebih besar, bolehlah mendapatkan uberXL yang mengenakan kadar rata RM110 dari/ke KLIA, tidak termasuk tol. Jika mahu kenderaan yang lebih selesa, UberBLACK menyediakan perkhidmatan yang sama dengan caj RM200.

0 comment... add one now