Aplikasi Grab Tersenarai Paling Banyak Dimuat Turun Rakyat Malaysia Di Google.

Sebagai pengguna Android, Google Play Store adalah lokasi utama untuk mendapatkan aplikasi, permainan dan macam-macam lagi. Sempena hampirnya penghujung tahun 2016, Google Malaysia berkongsi sedikit maklumat tentang aplikasi paling banyak dimuat turun dan menarik perhatian sepanjang 2016.
Google Malaysia membuat tiga senarai aplikasi paling banyak dimuat turun tahun ini iaitu aplikasi paling trending, aplikasi buatan Malaysia paling trending dan permainan paling trending.


Google Duo dilihat mendahului aplikasi yang paling banyak dimuat turun tahun ini. Ia merupakan aplikasi panggilan video yang baru Google lancarkan tahun ini. Walaupun banyak dimuat turun, agak sukar melihat ia digunakan di khalayak ramai. Ia seterusnya diikuti oleh dua aplikasi berkaitan kamera, MSQRD oleh Facebook dan Camera360.


Bagi aplikasi buatan Malaysia, Grab yang menyediakan perkhidmatan perkongsian kereta mendahului carta trending. Aplikasi seterusnya adalah Mudah.my dan imSOLD, platform jual beli dalam talian. Turut termasuk dalam 5 senarai teratas ini adalah aplikasi AMlaysia Airlines dan MyDigi.


Di bahagian permainan pula, aplikasi paling trending tahun ini tidak lain dan tidak bukan adalah Pokemon Go. Clash Royale masih bertakhta di hati peminat Malaysia dengan menduduki tangga kedua. Permainan Naruto, Ultimate Ninja Blazing serta permainan bola sepak, Dream League Soccer. Permainan menguji minda, slither.io termasuk dalam senarai 5 teratas permainan kegemaran rakyat Malaysia.
Senarai penuh pautan aplikasi dan permainan yang trending di Malaysia sepanjang 2016, boleh dirujuk di bawah ini. Atau rujuk juga senarai penuh semua perkara trending di Google Play sepanjang tahun 2016, di blog Google.

APLIKASI TRENDING 2016 [Google Play]
  1. Google Duo
  2. MSQRD
  3. Camera360 – Photo Editor
  4. Keyboard
  5. 30 Day Fit Challenge Workout
APLIKASI BUATAN MALAYSIA TRENDING 2016 [Google Play]
  1. Grab
  2. Mudah.my
  3. imSold – Sell and Buy
  4. Malaysia Airlines
  5. MyDigi
PERMAINAN TRENDING  2016 [Google Play]
  1. Pokemon GO
  2. Clash Royale
  3. Ultimate Ninja Blazing
  4. Dream League Soccer
  5. slither.io

0 comment... add one now