Uber & Grab Berintegrasi Lebih Dalam Di Google Maps

Google Maps hari ini bukanlah sekadar aplikasi peta. Sejak tahun lepas, mereka mula mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan perkhidmatan kedalam aplikasi itu. Contohnya, pengguna boleh mengetahui tambang teksi seperti Uber dan Grab terus daripada Maps tanpa perlu melancarkan aplikasi berbeza. Kali ini mereka selangkah kehadapan apabila membolehkan pengguna memanggil teksi terus daripada Maps.



Langkah ini sangat memanfaatkan kedua-dua pengguna dan juga pihak penyedia perkhidmatan sendiri. Misalnya, sembilan bulan pertama 2016, Uber telah mencatatkan kerugian lebih USD2.2 billion. Dengan mempelbagaikan saluran untuk orang menggunakan perkhidmatan teksi ini, mereka boleh meningkatkan frekuensi penggunaan.
Walau bagaimanapun, fungsi ini nampaknya masih belum ada di mana-mana telefon kami walaupun aplikasi Maps dikemaskini kepada yang paling baru. Mungkin pihak Google mengaktifkan fungsi baru ini mengikut kawasan.
[Sumber: Google Blog]

0 comment... add one now