Apa Yang Grab Akan Lancar Bersama Biskut Gergasi?


Penyedia perkhidmatan perkongsian kereta terkenal Malaysia, Grab, telah menghantar satu jemputan untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk baru. Grab tidak pula mendedahkan produk apa yang bakal dilancarkan pada hari Khamis, 16 Februari ini. Tetapi setelah mengamati petunjuk dan melakukan sedikit penyiasatan, kami menjangkakan ia adalah GrabShare, satu produk berkongsi teksi.

Di Singapura, GrabShare sudahpun beroperasi sejak 6 Disember tahun lalu. Produk itu membolehkan pengguna Grab berkongsi teksi mereka dengan orang lain dan berjimat sehingga 30%. Grab menggunakan pendekatan carpool untuk membawa penumpang yang menuju ke destinasi yang hampir sama. Ia didakwa mengurangkan aliran trafik dan kesan karbon.


Di Singapura, Grab menyediakan lima jenis produk iaitu Taxi, Car, Hitch, Share, dan Coach. Jika dibandingkan dengan Malaysia, kita hanya menikmai Taxi, Car, dan Hitch. Maka, bolehlah kita jangkakan produk-produk baru daripada Grab tak lama lagi.

0 comment... add one now